animasi-bergerak-bendera-malaysia-0007

Monday 22 August 2016

KONSEP 1 MALAYSIA


Image result for sekian terima kasih









Salam sejahtera , kami dari kumpulan 1 diberi tugas untuk menerangkan konsep 1 Malaysia . Dalam hal ini, kami juga ingin berkongsi serba sedikit tetang konsep satu Malaysia yang diperkenalkan. Sebelum itu, kami ingin memperkenalkan terlebih dahulu ahli kumpulan kami iaitu Nurhana Binti Sabri, Mohamad Asnawi Bin Mohd Shaffe, Siti Nur Atirah Binti Salleh,Ahmad Faqrul Bin Ahmad Jadi dan Nahvin A/L Baskar. Seterusnya, kami akan menerangkan lebih mendalam tentap konsep 1 Malaysia ini.



Image result for bismillahirrahmanirrahim



Dari kiri Atirah, Hana, Nawi, Nahvin, Faqrul

Image result for konsep 1 malaysia pengajian malaysia


Konsep ini telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita Dato' Sri Najib Bin Tun Abdul Razak


Image result for konsep 1 malaysia



 PENGENALAN



            Salam 1Malaysia. Itu adalah ungkapan yang sering diungkapkan dalam majlis-majlis rasmi mahupun penulisan. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai jenis kaum. Antaranya ialah Melayu, Cina, India dan lebih daripada 40 suku etnik di Sabah dan Sarawak. Dengan yang demikan, masyarakat di Malaysia adalah masyarakat majmuk yang sangat unik kerana diwarnai dengan pelbagai jenis kebudayaan mengikut kaum masing-masing. Sebenarnya, pembentukkan masyarakat majmuk di Malaysia telah berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi yang mana pada waktu itu ramai pedagang-pedagang dari luar seperti China dan India datang berdagang di Tanah Melayu terutamanya di Melaka.
            Setelah lama berada di bumi Melaka, ada diantara pedagang ini telah membina penempatan, ada yang berkahwin dengan penduduk tempatan malahan ada pedagang ini terlibat dengan pentadbiran kerajaan Melaka. Jadi tidak hairanlah mengapa masyarakat di negara kita mempunyai pelbagai jenis kaum kerana telah wujud sejak dahulu lagi. Terdapat juga etnik yang baru hasil perkahwinan campur dengan bangsa lain seperti Baba dan Nyonya yang tertumpu di Melaka dan Golongan Mami yang kebanyakannya menetap di Pulau Pinang. Variasi seperti inilah yang mewarnai kepelbagaian masyarakat di negara kita.
            Namun begitu, pembentukkan negara bangsa Malaysia melalui zaman yang sukar dalam proses membina negara seterusnya bangsa yang  mana secara realitinya Malaysia mampu membina negara tetapi kabur dalam konteks bangsanya. Harus difahami bahawa inilah realitinya apabila negara ini dibentuk dengan masyarakat yang majmuk. Kesukaran yang dialami Malaysia ialah untuk mengikat bangsanya melalui agama, bahasa, dan budaya. Namun begitu, cabaran yang paling besar dalam konteks pembinaa negara bangsa ialah membinanya dan memperkukuhkan perpaduan.
            Justeru itu, pelbagai dasar dan program telah dilaksanakan dengan matlamatnya adalah untuk perpaduan seperti kewujudan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan ( DKK ), Integrasi Nasional, dan yang terbaru adalah 1Malaysia. Melalui dasar-dasar yang diwujudkan ini bukan sahaja untuk mencapai matlamat perpaduan malah juga negara ini diharapkan akan terus dipacu hingga menjadi negara yang maju dan kompetetif dari segi politik, ekonomi, dan sosial.

KONSEP

Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyat nya bersatu padu. Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.



 “1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.” 

                                                     - Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak 
                                                                                             - Perdana Menteri Malaysia

Ianya menjadi asas kepada semua prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.





 KEPENTINGAN DAN FUNGSI DASAR 

1MALAYSIA DARI  SUDUT POLITIK




            Cabaran globalisasi yang menlanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisir daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan pegangan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa, yakni bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.


            Dalam aspek politik, gagasan ini perlu tulus dan mencakupi pelbagai fahaman politik negara. Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalam menjayakan gagasan ini, malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka. Hal ini kerana keperluan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan negara yang harus didahulukan sebelum kepentingan politik mengambil tempat. Parti-parti politik yang berpengaruh perlu bersifat glokal bagi mencari usaha ke arah pembangunan modal insan jitu dan mapan serta mampu bersaing dengan arus kemodenan dunia.

            Persaingan politik perlu diketepikan dan pembentukkan sahsiah yang baik merupakan contoh yang berguna kepada masyarakat. Sikap suka menjatuhkan pula amat bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang lebih bersifat menggalakkan dan mendokong usaha ke arah pembentukan bangsa Malaysia. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman dalam setiap kamus kehidupan pemimpin mahupun rakyat di negara ini agar langkah menjaga bangsa Malaysia dapat diperkukuhkan.


            Konsep 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya, konsep 1Malaysia ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. Perkaitan antara konsep 1Malaysia dan dasar-dasar negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sekarang. Beliau menegaskan konsep 1Malaysia, ‘Rakyat DiDahulukan, Pencapaian Diutamakan’ adalah kesinambungan daripada dasar-dasar  yang dikemukakan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.


            Konsep ini bukanlah perkara baru. Sebaliknya 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Contohnya, Usaha-usaha memelihara dan menajga kepentingan rakyat serta negara telah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh perdana-perdana menteri seterusnya. Setiap Perdana Menateri mempunyai gagasannya tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara. Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan yang diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.






 KEPENTINGAN DAN FUNGSI DASAR 

1MALAYSIA DARI SUDUT EKONOMI



            Pada aspek ekonomi pula, Dasar 1Malaysia lebih memperlihatkan penghapusan dasar ‘Pecah Dan Perintah’ yang diperkenalkan oleh penjajah barat iaitu British sebelum Tanah Melayu ( Malaysia ) mencapai kemerdekaan. Meskipun sudah 54 tahun, Malaysia mencapai kemerdekaan namun kesan daripada dasar ini masih jelas kelihatan. Oleh itu, menerusi Gagasan 1Malaysia ini, sektor ekonomi lebih tertumpun kepada kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat. Jika dahulu, kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan serta kaum India hanya tertumpu kepada bidang perladangan dan estet. Kini pelbagai kaum mampu menceburi diri dalam bidang yang mereka mampu bangunkan.       

            Monopoli bangsa tertentu ini mampu dipecahkan menerusi dasar-dasar yang dibentuk oleh ahli-ahli Dewan Parlimen menerusi kaedah perlembagaan negara. Dalam hal ini, bantuan dan sokongan daripada kerajaan mampu memberi peluang dan suntikan semangat kepada seseorang individu yang berusaha untuk menceburkan diri dalam bidang yang berpotensi untuk dimajukan dalam jangka masa yang panjang. Bidang-bidang yang dipilih juga boleh mendapat suntikan kewangan yang disediakan oleh kerajaan melalui perbankan yang telah dilantik seperti Egro Bank, Bank Rakyat dan lain-lain. Kesannya ialah ekonomi seseorang individu boleh dipertingkatkan seterusnya memperkasakan ekonomi negara hasil pembentukan Gagasan 1Malaysia. Perpaduan kaum juga dapat kekalkan dan dipertingkatkan jika rakyat yang berbilang kaum itu dapat  menaiktaraf serta menyeragamkan kedudukan ekonomi yang sama rata. Bak kata pepatah ‘ Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’. Keseragaman ekonomi ini akan membantu dalam meningkatkan keutuhan ekonomi negara kita yang sedang menuju ke arah negara maju. Oleh itu, kita harus mencorak 1Malaysia menuju ke arah pencapaian matlamat dan kesejahteraan serta kemakmuran bersama dalam negara yang aman damai ini.

            
                Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) telah diwujudkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 70-an untuk membanteras kemiskinan serta menyusun semula masyarakat. Dasar ini telah menampakkan kejayaan dengan memajukan negara kepada tahap yang tinggi dan memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu melalui penguasaan ekuiti yang walaupun tidak tinggi tetapi ia tetap satu kejayaan yang boleh dibanggakan. Contohny, Kaum Melayu perlu bersedia untuk bekerjasama rapat dengan kaum lain dalam usaha membangunkan ekonomi. Ini penting untuk memastikan penyusunan masyarakat adalah berjaya sejajar dengan konsep 1Malaysia. Kita mahu melihat sikap yang lebih terbuka kerana dari segi fakta dan sejarah kita,ekonomi dikuasai oleh orang bukan Melayu terutamanya kaum cina yang memonopoli sektor perniagaan. Oleh itu, dalam usaha untuk memanjangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kita perlu berkerjasama dan berkongsi masa depan dengan mengikut dari segi perkongsian politik,ekonomi dan sebagainya bersama-sama. Maka, amat bertepatan dengan Gagasan 1Malaysia dan adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat untuk menyokong usaha kerajaan.






   KEPENTINGAN DAN FUNGSI DASAR 

1MALAYSIA DARI SUDUT SOSIAL



            Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Melalui konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum yang lain. Namun begitu, konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan. 1Malaysia menekan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana satu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Hormat-menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukkan-peruntukkan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum.

           
         Selain itu, aspek agama dan kepercayaan setiap bangsa di Malaysia turut diambil kira dalam usaha menjayakan Gagasan 1Malaysia. Hal ini kerana, agama dan kepercayaan merupakan pengaruh terbesar dalam menghasilkan keputusan yang melibatkan pertimbangan yang dilakukan oleh aspek lain. Oleh sebab itu, konsep 1Malaysia dalam soal keagamaan dan kepercayaan merujuk kepada sikap keterbukaan masyarakat dalam menerima dan menghormati prinsip dan amalan agama sesebuah bangsa. Contohnya, agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian merupakan agama yang menjadi anutan sebahagian besar masyarakat Malaysia.

            
             Justeru, sensitiviti agama dan perkauman perlu dijaga dan tidak boleh dipermainkan bagi menimbulkan kemarahan dan ketegangan yang seterusnya menidakan kejayaan gagasan ini. Pengenalan konsep rumah terbuka dan kunjung-mengunjung yang semakin diguna pakai semasa perayaan oleh masyarakat tempatan. Konsep ini merupakan salah satu kaedah bagi mempelajari sesuatu adat dan memahami sensitiviti sesuatu kaum seterusnya memupuk sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Langkah muhibbah ini mampu memperjelaskan lagi secara rohaninya konsep 1Malaysia.






  KEPENTINGAN DAN FUNGSI DASAR 

1MALAYSIA DARI SUDUT LAIN




            Aspek pendidikan turut menjadi fokus utama pengenalan Gagasan 1Malaysia. Institusi-institusi pendidikan di negara ini yang berlandaskan kurikulum yang telah ditetapkan. Dasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai 1Malaysia dalam diri dan mentaliti pelajar agar memahami kepentingan dan kewajaran gagasan ini diperkenalkan. Antara nilai-nilai 1Malaysia yang perlu diterapkan ialah ketabahan, penerimaan, pendidikan, rendah hati, kesetiaan, meritokrasi, integriti dan budaya kecemerlangan. 

            
              Nilai-ini ini perlu diterapkan dalam proses pengajaran di dalam mahupun diluar kelas iaitu dalam aktiviti kokurikulum. Murid perlu memahami dengan lebih mendalam tentang 8 nilai tersebut. Ianya perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh guru dalam menjalankan tugas sebagai pendidik dan mengukur keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di sekolah ataupun di universiti.

            
             Bagaimanakah nilai ini boleh dijayakan ? Pakar-pakar pendidikan mengubah pendekatan pendidikan supaya nilai-nilai ini terserlah dan diakui penting. Contohnya tugasan akademik di universiti perlu ada elemen kesungguhan dari segi teori, cara menulis dan membincangkan sesuatu isu. Selain itu, integrity diukur melalui tingkah laku individu yang terlibat2.

           
           Ini dapat dibuktikan dengan modul yang diperkenalkan oleh UPSI bagi pelajar Pendidikan Jarak Jauh ( PJJ ) 2011. Pelajar yang mendapatkan pendidikan dari UPSI perlu memahami tentang 1Malaysia melalui penghasilan tugasan mahupun forum seperti yang terdapat dalam Modul Pendidikan Jarak Jauh. Modul yang telah diperkenalkan sangat bertepatan dengan Gagasan 1Malaysia. Jika  kita lihat secara keseluruhannya, masih terdapat segelintir guru yang masih tidak memahami tentang konsep 1Malaysia. Jadi penghasilan modul yang bersesuaian ini dapat meningkatkan pemahaman guru-guru agar dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing. Jelaslah bahawa konsep 1Malaysia dalam pendidikan merangkumi pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat.

           
        Buktinya, persaingan yang sengit antara pelajar dalam mendapatkan peluang untuk memperolehi pendidikan yang lebih tinggi di pusat pengajian tinggi awam mahupun swasta. Ini mendorong kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan ( NGO ) bertindak bijak dan saksama dalam memberi peluang kepada pelajar tanpa mengira bangsa, agama mahupun kepercayaan. Selain itu, penubuhan ataupun pembentukan satu jenis sekolah sahaja yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar mampu mewujudkan dan memantapkan perhubungan antara pelbagai kaum. Hasilnya, peningkatan dari tahap kreativiti dapat dipupuk kerana persaingan yang sihat antara pelajar pelbagai kaum. Pada masa kini, hanya sekolah menengah sahaja terdapat sistem ini. Oleh itu, ia perlu dipupuk sejak dari awal lagi iaitu sekolah rendah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Budaya pembelajaran ini perlu berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat agar menjadi amalan harian rakyat Malaysia dalam usaha mencapai Wawasan 2020.


Image result for konsep 1 malaysia pengajian malaysia







ASAS-ASAS 1 MALAYSIA


  • Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020

  • 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara

  • Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia. 

  • Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

ASPEK-ASPEK UTAMA 1 MALAYSIA 


Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti berikut: 

  • Aspek Pertama – Penerapan Teras-Teras Perpaduan 
Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponenkomponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.

  • Aspek Kedua – Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi 
Nilai- nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. 



ASPEK PERTAMA

TERAS-TERAS PERPADUAN



Image result for konsep 1 malaysia pengajian malaysia



TERAS-TERAS PERPADUAN 

1. Penerimaan 

1 Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-mata. 

2. Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan:

        a. Perlembagaan Persekutuan
        b. Rukun Negara 

3. Keadilan Sosial

Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukanperuntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.





PENERAPAN NILAI-NILAI



Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini pula didokongi oleh nilai- nilai murni termasuk nilai-nilai berikut:

 • Hormat-menghormati :

Hormat menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum. 

• Rendah hati (Tawadhuk): 

Rasa rendah hati atau Tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah rakyat dalam satu negara yang sama dan kita perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihannya yang sendiri, dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masingmasing demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara. 

• Kesederhanaan: 

Ialah pendekatan sederhana dalam apa jua isu yang berbangkit. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima kerana ia boleh membawa kepada masalah ketidakstabilan sosial yang lebih parah.

• Berbudi-bahasa:

Budi-bahasa ialah tuturkata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat. 



ASPEK KEDUA

NILAI-NILAI ASPIRASI



Image result for konsep 1 malaysia pengajian malaysia






Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan 


Dalam melaksanakan aspek kedua gagasan 1Malaysia, nilai-nilai berikut perlu diberi penekanan : 

• Budaya Berprestasi Tinggi : 

Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan “acuh tak acuh”tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju. 

• Budaya Ketepatan : 

Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

 • Budaya Ilmu:

Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

 • Integriti :

Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.





Image result for konsep 1 malaysia pengajian malaysia

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan 
diyakini akan menjana satu transformasi ketara,
 ke arah sebuah negara Malaysia yang maju, 
didokongi oleh rakyat yang utuh perpaduannya dan tinggi 
mertabatnya pada pandangan dunia.






ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA 



(AGAMA DAN KEPERCAYAAN)





KAUM MELAYU


 Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Penduduk Melayu ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan mereka tersendiri malahan amalan mereka ini tidak terjejas walaupun dengan kemasukan buruh-buruh Cina dan India.Penduduk Melayu di Tanah Melayu amnya menganut agama Islam. Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke 15. Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sebagai pusat pemerintahan yang berperanan penting dalam memastikan penyebaran dan pengekalan agama Islam.Islam ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah. Agama Islam ialah berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Dalam agama Islam, al-Qur’an dijadikan sebagai asas perundangan yang utama bersama-sama dengan nasihat daripada Nabi Muhammad (saw) sendiri serti hadis-hadis. 

Islam ialah agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dan secara keseluruhannya, ajaran Islam bermatlamat untuk:






1. Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasan ALLAH semata-mata.

2. Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam situasi kehidupan.

3. Melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini dan sekaligus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup.

Islam mentafsirkan bentuk-bentuk hubungan yg berlaku dlm hidup manusia ini, iaitu:   
1. Dalam hubungan manusia dengan ALLAH (swt), ALLAH (swt) telah menciptakan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia.  

2. Dalam hubungan manusia dengan manusia, Islam menuntut hubungan yang berdasarkan persaudaraan dan satu keturunan tanpa mengira perbezaan warna kulit, bahasa, tempat dan agama. 

3. Dalam hubungan manusia dengan alam pula bermaksud manusia perlu menghormati kejadian alam kerana manusia merupakan makhluk yang diamanahkan oleh ALLAH. Manusia adalah pentadbir alam (khalifah), dan perlu memeliharanya daripada sebarang kerosakan dan kemusnahan.

  
KAUM CINA 
Masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu mengubah struktur kemasyarakatan negara ini sekaligus menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk. Golongan ini turut membawa bersama agama dan kepercayaan yang mereka anuti ke negara ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing tanpa halangan dan sekatan. Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah fahaman Taoisme. Taoisme merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina. Taoisme berasal daripada perkataan Tao yang bermaksud ‘Jalan’ (The Way). Taoisme mengajar pengikutnya untuk mencapai  ketenangan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian emosi. 

Berberapa konsep yang wujud diantaranya :
     Konsep kekeluargaan dalam Confucianisme
  -ajaran ini mementingkan organisasi kekeluargaan. Dalam sesebuah keluarga,
   kasih sayang sesama kaum kerabat, ketaatan kepada ibu bapa dan abang sangat
   dititikberatkan.
    
       Ketaatan anak
-  Aspek ini merujuk kepada penghormatan yg patut diberikan oleh anak kepada ibu     bapa
       Konsep Yin dan Yang
-Konsep ini menyebut bahawa semua benda yang ada di dunia ini  merupakan gabungan unsur pasif, dikenali sebagai Yin dan unsur aktif, dikenali sebagai Yang. Gabungan Yin dan Yang akan membawa keamanan dan keharmonian. Menurut teori, Yang merupakan kuasa positif dalam alam seperti panas matahari, bumi dan kering, iaitu tanda-tanda yang melambangkan kepintaran, kekuatan dan kepimpinan. Yin pula melambangkan kuasa-kuasa negatif alam seperti sejuk, bulan dan lautan yang melambangkan sifat-sifat lemah, gelap dan pasif.
KAUM INDIA

Masyarakat India yang tiba ke Tanah Melayu turut membawa bersama agama dan budaya yang diamalkan dari India. 

Agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat India ialah agama Hindu. Agama Hindu, sebuah Agama yang tertua di dunia. Hindu sebenarnya bukan sebuah agama malah sebuah tradisi yang di kembangkan hampir 10,000 tahun oleh masyarakat India. Perkataan Hindu berasal daripada perkataan Sindhu, Ia itu nama tempat tamadun Kaum India bermula, penduduknya digelar sindhu dan lama kelaman ia berubah menjadi Hindu. Nama dan gelaran yang betul bagi pengikut ajaran ini ialah “Vedandi” yang bermaksud – Manusia yang diberi Veda atau Pengikut      Veda

Ciri-ciri yang terkandung dalam di dalam agama Hindu :
    
      Kepercayaan kepada banyak Tuhan - agama Hindu berbentuk politestik, iaitu mempunyai banyak tuhan.
-antara tuhan tersebut ialah Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pelindung)
 dan Siva (Tuhan Pembinasa)
      Konsep karma dan kelahiran semula -Masyarakat hindu  percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupan yang terdahulu.
-Unsur yang menentukan kasta mana yang bakal diduduki selepas kelahiran semula ialah karma.
      Kitab-kitab Veda
-Kitab veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu. Kitab-kitab ini mengandungi riwayat hidup, amalan-amalan politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman dan sebagainya.
Antara upacara dan penyembahan yang dijalankan oleh kaum India ialah
      Bakti – Percaya, Taat dan Cinta kepada Tuhan.
      Kriya  – Berpuasa – Membuat Yoga, Meditasi dan Bertapak
      Nyana – Belajar Kitab-kitab Suci dan Mendengar Nasihat Para Wali dan Yogi.
      Karma – Membantu orang yang miskin dan kurang upaya. Mengajar sesama manusia tentang  Tuhan dan cara hidup yang betul
     Larangan dalam agama ini  ialah:
      *Dilarang makan daging atau bahan dari badan binatang.
      *Dilarang membunuh termasuk binatang.
      *Dilarang minum arak dan bahan yang memabukkan.
      *Dilarang merogol / Cabul Kehormatan wanita.
      *Dilarang mencuri dan merompak.
   *Dilarang membuat sesuatu perkara yang boleh merosakkan kehidupan manusia atau makhluk  lain.
      *Dilarang memotong pokok.
MASYARAKAT SARAWAK

Kaum majoriti di Sarawak meliputi orang Iban (Dayak Laut), Orang Melayu dan Orang Melanau. 

Amnya orang Iban tidak mempunyai agama yang tertentu. Mereka masih lagi berpegang kepada ajaran animisme sejak dahulu dan setelah kedatangan kuasa-kuasa barat, sebahagian besar masyarakat Iban beragama Kristian. 

Animisme adalah kepercayaan manusia tentang adanya roh-roh gaib yang mengatur, menaungi, mengayomi serta mengendalikan kehidupan manusia yang meliputi roh-roh baik dan roh-roh jahat yang harus dihormati.  Ini merupakan definisi animisme secara umum. Kata "animisme" berasal dari bahasa latin anima yang artinya roh atau nyawa yang mencakup nafas atau jiwa manusia. Kepercayaan ini berawal pada saat kehidupan manusia masih primitif dan muncul secara alami pada diri manusia dimana manusia mengetahui adanya kematian. Nafas dianggap sebagai wujud fisik dari jiwa, jika nafas terputus maka jiwa akan berpindah tempat dan alam. Jiwa manusia dipercaya bisa berpindah ke makhluk hidup, benda mati, maupun pohon.

Roh-roh orang yang telah meninggal dipercaya menjadi penguasa alam dan berhubungan dengan kehidupan manusia yang masih hidup. Beberapa peneliti menyimpulkan bahwa hal ini merupakan cara orang-orang primitif untuk mengungkap misteri tidur, mimpi dan kematian.
Animisme berhubungan erat dengan dinamisme, yaitu kepercayaan manusia tentang adanya benda-benda yang memiliki kekuatan gaib. 


Bagi masyarakat Melayu di Sarawak, mereka berpegang kepada ajaran Islam. 

Bagi masyarakat Melanau mereka asalnya merupakan pagan (tidak mempunyai pegangan agama), bagaimanapun selepas pemerintahan kesultanan Brunei dan pemerintahan keluarga Brooke, ramai antara mereka yang memeluk agama Islam dan Kristian. 
 
MASYARAKAT SABAH
Masyarakat Kadazan-Dusun, ialah masyarakat terbesar di Sabah yang memegang kepercayaan animisme. Sebahagian kecil daripada mereka telah memeluk agama Islam dan Kristian.

Brikut merupakan kepercayaan animisme yang diamalkan di Sabah:
      * Orang lanun percaya penyakit ada kena mengena dengan syaitan.
      * Percaya ilmu batin dan perkara ghaib seperti ilmu palimun (ghaib), kublak (kebal), dualatut (dipukul tidak rasa sakit), mabagar (kuat), pagawang (menakutkan musuh dengan suara)
      *  Orang Bumiputera Sabah juga percaya adanya jimbaran (orang belaan) dan kemasukan apok-apok (lintasan).Terdapat banyak lagi kepercayaan animism yang diamalkan dan dipercayai oleh kaum di Sabah selain daripada yang dinyatakan. Ini terjadi kerana kebanyakan nasyarakat di Sabah merupakan orang asli..Di kawasan pendalaman, ramai yang masih tidak mempunyai pegangan agama. Bagi masyarakat Bajau, hampir semua daripada kalangan mereka beragama Islam. Namun begitu terdapat juga penganut-penganut agama lain di Sabah antaranya ada mereka yang beragama islam dan ada juga yang beragama kristian. Selain itu, masyarakat di Sabah juga mengamalkan agama dan kepercayaan sejak turun temurn dari nenek moyang mereka.

(KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM)
KAUM MELAYU
- Bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu terdiri daripada kelompok bahasa Antronesia. 

- Bahasa yang digunakan oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu. 

- Sebelum kedatangan barat, tulisan yang digunakan oleh orang Melayu ialah tulisan  jawi, iaitu pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

- Dua jenis adat yang menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah Melayu ialah Adat Perpatih dan Adat Temengung. 

         1. Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan muafakat. Raja bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan harta pusaka diutamakan kepada anak perempuan.

         2. Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung, kecuali Negeri Sembilan. Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Adat ini juga turut mendapat pengaruh yang banyak dari agama Islam. 

- Antara adat lain yang wajib dijalani oleh orang melayu yang bergelar islam ialah :

         1. berkhatan atau bersunat. Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika berumurdalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh tok mudim.

        2. Perayaan – perayaan yang berbentuk keagamaan bagi orang Melayu ialah Aidilfitri, Aidiladha, Nuzul Qur’an, Maulidur Rasul dan Awal Muharram. 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun Islam. Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau.
 


Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Hajimerupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun. Malah, bulan ini merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. Perkataan 'Aidiladha' berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud 'hari penyembelihan korban'. Ini sempena memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail A.S.
KAUM CINA
- Dari segi pakaian, masyarakat Cina kini kebanyakan telah menggunakan pakaian yang moden bercirikan Barat. Namun, pakaian tradisi golongan wanita Cina masih digunakan sehingga kini. Salah satunya ialah ‘samfoo’ yang terdiri daripada kombinasi blaus dan seluar, pakaian ini lebih kerap digunakan oleh golongan tua. Selain itu. ‘cheongsam’. 

- Makanan asas masyarakat Cina ialah nasi dan jenis masakan utama ialah masakan Kantonis, Hokkien dan Szechuen. 

- Manakala perayaan kaum Cina ialah Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Perayaan Ching Ming, Perayaan Hantu Lapar, Perayaan Kuih Bulan.Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum cina. 

Tahun Baru Cina dianggap penting kerana membolehkan semua ahli keluarga yang belajar atau bekerja di luar negara dapat pulang ke rumah untuk berkumpul bersama. 






Pada Tahun Baru Cina, ibu bapa atau orang yang lebih tua akan memberi ang pau kepada anak-anak sebagai tanda baik agar mereka boleh hidup dengan lebih sihat dan bahagia. Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua keluarga cina akan berkumpul bersama dan makan bersama-sama (reunion) untuk melambangkan bersatu semula atau perpaduan.





- Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari sehingga Chap Goh Mei. Hari Chap Goh Mei merupakan Tahun Baru Cina yang terakhir. 

- Oleh itu, semua orang cina menyambutnya dengan gembira dan ceria dimana makan dan berkumpul bersama dengan ahli keluarga. 

- Bagi kaum wanita yang belum kahwin, mereka digalakkan menulis nama dan nombor telefon di atas limau mandarin dan dibuang ke dalam sungai. Kaum lelaki yang masih bujang pula boleh mengutip limau yang dibuang agar boleh mencari jodoh mereka menerusi limau mandarin.

- Mereka akan membawa makanan untuk bersembahyang nenek moyang disamping berbual-bual. Selain itu, mereka juga akan membakar kertas-kertas wang dan bahan keperluan asas kepada nenek m0yang kerana mereka yakin nenek moyang jug akan menggunakan wang pada dunia yang ketiga.

- Pesta Kuih Bulan juga merupakan perayaan yang penting bagi kaum cina. Pesta ini disambut pada 15 haribulan pada bulan ke-8 dalam kalender cina. Pada hari itu, orang cina akan makan kuih bulan dan kanak-kanak pula akan bermain tanglung. Manakala golongan orang tua akan bersembahyang bulan yang cantik dan bulat pada malam tersebut.
KAUM INDIA
Asasnya masyarakat Hindu di India terbahagi kepada hierarki sosial yang tertentu. Hierarki tersebut dipanggil sistem kasta.

Dalam sistem kasta, masyarakat Hindu di India dibahagikan kepada empat hierarki sosial, iaitu: 

1. Brahmin – terdiri dari golongan bangsawan dan alim ulama. Golongan ini dikatakan menyamai taraf kepala pencipta   
2. Ksyatria – terdiri dari golongan pahlawan dan dianggap menyamai taraf tangan pencipta.  
3. Vaisya -  terdiri dari rakyat biasa yg kebanyakannya bekerja sebagai pedagang atau petukang dan tarafnya sama dengan paha pencipta 
4. Sudra -  terdiri daripada golongan hamba abdi yg kedudukannya disamakan dengan kaki pencipta. 






Makanan masyarakat India di negara ini ialah nasi dan roti-roti seperti ‘chappati’, ‘paratta’ , ‘thosai’ dan ‘puri’. Thosai merupakan makanan kegemaran orang India. Makanan ini menjadi menu utama dalam hidang Hari Deepavali. 


Thusai sedap dimakan dengan kuah yang digelar 'sandhini'.


Pakaian tradisi kaum wanita ialah sari iaitu sejenis pakaian daripada kain sepanjang enam ela yang dililitkan di keliling badan dan dipakai bersama dengan sehelai blaus. 

Pakaian tradisi kaum lelaki pula digelar dhotis, iaitu sejenis kain berwarna putih. Kaum lelaki juga mengenakan vesti atau kurta iaitu pakaian putih untuk ke kuil atau perayaan tertentu. 

Masyarakat India juga mempunyai berbagai perayaan iaitu Deepavali, Thaipusam dan Thai Ponggal. 

1. Hari Deepavali : merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. 

2. Hari Thaipusam : merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'. Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.

3. Thaiponggol : merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Thaiponggol disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua bulan Januari.
MASYARAKAT SARAWAK

Masyarkat Iban tinggal di rumah panjang. Rumah ini didiami oleh beberapa buah keluarga.
Rumah Panjang orang Iban ialah cantuman beberapa buah bilik yang dimiliki oleh keluarga yang berasingan dan membentuk satu deretan rumah yang panjang. 

Setiap rumah panjang mesti mempunyai tokoh-tokoh pemimpin seperti ‘Tuai Rumah’ dan ‘Tuai Burong’. Tugas ‘Tuai Rumah’ biasanya melibatkan hubungan antara keluarga, masalah hubungan dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan alam nyata.

Rumah panjang suku kelabit pula tidak ada bilik untuk keluarga, cuma terdapat bilik yang memisahkan ruang sebelah luar dengan ruang sebelah malam.

Pakaian istiadat suku kaum Iban adalah KainSirat, Dandong, PuaKumbu bagi kaum lelaki berserta memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manikmanik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan mare kempang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi. Contohnya, Bidang,Kalambi,Bedong bagi kaum wanita
Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian.  

Manakala masyarakat Bidayuh pula merupakan masyarakat etnik Sarawak yang rata-ratanya mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. 

Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti. 

Kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan. 

Kebanyakan rumah di perkampungan Melayu Sarawak diperbuat daripada kayu dan kebanyakannya masih terletak di tepi sungai yang jauh daripada bandar atau pekan. 

Mereka masih bergantung kepada industri tradisional seperti mengukir kayu, perak dan membuat tenunan kain songket.

Agama Islam banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu Sarawak terutama aspek kebudayaan dan kesenian. 

Bagi aspek pembinaan, kebanyakan rumah atau bangunan mempunyai simbol atau ciri-ciri keislaman. 

Begitu juga dengan adat resam perkahwinan yang sememangnya berlandaskan Islam.
MASYARAKAT SABAH

Masyarakat Kadazan di Sabah juga mempunyai berbagai adat resam budaya yang berkait dengan kematian, kelahiran.
Kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun. 

Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. 

Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun. Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. 

Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri. Dalam kehidupan masyarakat Bajau pula, terdapat empat kategori norma atau nilai  iaitu hubungan lelaki dengan perempuan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian.
 




Tarian limbai di iringi oleh irama kulintangan. Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang



KESIMPULAN

Kesimpulannya, komsep satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaun bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia  di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada kerajaan.

Nilai-nilai ini diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep " 1 malysia " ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaun kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang maempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaun seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat ,modal serta manusia tetapi juga sistem nilai,budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti,kebolehan , dedikasi dan kesetiaan.

Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan dan kekitaan bagi menjayakan konsep ini.


Image result for konsep 1 malaysia

PENGAJARAN



        Pengajaran bagi keseluruhan tajuk konsep 1 malaysia ialah kita dapat mengeratkan hubungan silatuhrahim antara satu sama lain termasuk kaum india , cina , iban dan sebagainya kerana dilihat dengan mengamalkan konsep 1 malaysia masyarakat lebih bertoleransi dan memupuk kerjasama antara satu sama lain . Selain itu , kita dapat menstabilkan ekonomi dan politik negara . Disamping itu kita dapat menerapkan nilai-nilai murni dan positif pada kalangan rakyat di negara kita . Seterusnya tidak penting diri dan bersikap sederhana kerana malaysia memerlukann rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan menerima persetujuan bersama . Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara perkara yang baik dan terima pakai serta penerimaan dari masyarakat negara ini . Pengajaran seterusnya perhubungan dan ikatan yang kukuh agar menjadikan masyarakat bersatu padu bagi menjayakan konsep 1 malaysia . Akhirnya , kita perlukan mengamalkan BUDAYA KECEMERLANGAN agar dapat membawa malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi . Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung kepada setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya .


SUMBER RUJUKAN 



Buku teks : 

Pengajian Malaysia
Normurni Mohamad, Razana Fatin Abdullah@Razali, Mohamad Faizal Ahmat
Oxford RAjar Sdn.Bhd

Internet :

1. https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf
2.http://suaramembakut.blogspot.my/2009/06/1-malaysia-pengenalan-definisi.html
3.WWW.1Malaysia.com.my


Akhbar :

Metro,16.9.2016,Halaman 4










Ini merupakan link untuk video yang telah kami sediakan :
https://www.youtube.com/watch?v=b1K2lP2

PENGHARGAAN 


Bismillahhirahmanirahim. Besyukur kehadrat ilahi dan ribu terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami Pn Naimah atas sokongan dan dorong yang telah beliau berikan. Terima kasih juga kepada ahli kumpulan atas idea dan kerjasama yang diberikan sepanjang kerja blog ini dijalankan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan lain atas pertolongan dan sedikit perkongsiaan yang diberi. Alhamdulillah atas kerjasama semua blog dan video kumpulan ini dapat disiapkan. Terima kasih atas kerjasama semua :)


Image result for sekian terima kasih

2 comments: